Selasa, Mei 18, 2010

Tugasan Cuti Sekolah Bulan Jun 2010

Tugasan Lisan - 2 tugasan

  1. Objektif : mempersiapkan diri untuk peperiksaan lisan di Penggal 3.
  2. Tugasan
  • Pelajar perlu merakamkan bacaan lisan (teks bacaan) yang terbaik dengan menggunakan PhotoBooth - nama pelajar_teks lisan
  • Pelajar perlu merakamkan perbualan (berdasarkan soalan rangsangan) dengan menggunakan PhotoBooth - nama pelajar_perbualan
  1. Tugasan ini harus diemel (dihantar berasingan) sebelum 11 Jun 2010, pukul 9 malam.



Tugasan Bacaan Kreatif (Cerpen - Berbeza & Novel - Serupa) - 2 tugasan

  1. Objektif : untuk memperkaya kosa kata pelajar dan meningkatkan kefasihan berbahasa.
  2. Tugasan
  • Pelajar perlu membaca dan menganalisa teks bacaan yang diberikan.
  • Pelajar menggunakan lampiran yang sama (untuk cerpen & novel) yang diberikan sebagai bahan analisa.
  1. Tugasan ini harus diemel (nama pelajar_cerpen & nama pelajar_novel) kepada guru selewat-lewatnya, 4 Jun 2010, pada pukul 9 malam.


Tugasan Bacaan Ekstensif (Buku) - 1 tugasan

  1. Objektif : untuk memperkasa para pelajar dalam pembacaan ekstensif secara berdikari.
  2. Tugasan
  • Pelajar perlu memilih sebuah buku dari senarai yang diberikan atau buku yang bersesuaian.
  • Pelajar menggunakan lampiran yang diberikan sebagai bahan analisa.
  1. Tugasan ini harus dihantar kepada wakil kelas pada hari Isnin, 28 Jun, pada pukul 8.30 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan