Jumaat, Mac 26, 2010

Pembelajaran Gunaan ('Applied Learning') - Teater Anak Wayang

Para pelajar yang arif budiman,

Ini adalah sebahagian daripada perbincangan maya


Soalan 6 :


Jika kamu diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kegiatan seni, apakah jenis aktiviti seni yang kamu inginkan? Nyatakan 2 sebab mengapa kamu ingin melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.



*tugasan ini harus diselesaikan sebelum Isnin, 29 Mac, 9 pagi

11 ulasan:

  1. Saya akan memilih seni desain untuk membuat model-model yang 3D dengan teknologi kerana ia membuat lukisan kita lebih "alive" dan juga berguna untuk membina bangunan dengan lebih unik.

    BalasPadam
  2. Jika saya diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kegiatan seni,saya akan memilih muzik kerana saya gemar mendengar lagu-lagu Melayu dan saya ingin mereka lagu yang berlainan.

    BalasPadam
  3. Jika diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kegiatan seni, saya akan menari. Dua sebab saya ingin melibatkan diri dalam aktiviti tersebut ialah pertama, saya tidak pernah mencuba untuk menari dan kedua, menari adalah sebuah aktiviti yang fizikal.

    BalasPadam
  4. Saya tidak ingin melibatkan diri dalam apa-apa seni kerana saya pernah melibatkan diri sendiri dan ia amat menyusahkan dan saya berasa bosan dan penat. Ia susah kerana saya harus ingat semua langkah beserta beberapa lagu. Saya berasa bosan kerana saya selalu melalui perkara yang sama.

    -Hakeem

    BalasPadam
  5. Saya ingin melibatkan diri dalam seni tarian. Saya suka menari dan selepas melihat “Anak Wayang” saya berasa begitu semangat untuk cuba menari kerana ia dilihat seperti sesuatu yang menarik dan tenang. Saya juga ingin melibatkan diri dan mengenal lebih dengan budaya kita iaitu budaya Melayu.

    BalasPadam
  6. Jika saya diberi peluang, saya akan memilih untuk melibatkan diri dalam seni silat kerana saya pernah melaksanakan sebuah persembahan silat seni (pergerakannya lebih 'lembut' daripada silat mempertahankan diri) dan saya terasa amat kagumi selepas itu. Seni silat juga lebih bersesuaian kepada kaum perempuan kerana gerak-geri kami lebih lembut.

    BalasPadam
  7. Jika saya diberi peluang di dalam seni, saya hendak melibati dalam seni menari kerana saya tidak pernah menari di hadapan orang-orang yang ramai. Saya pun hendak menari sesuatu tarian seperti tarian yang mengandungi pergaduhan sebagai seni yang ditunjukkan di anak wayang tersebut.

    BalasPadam
  8. Saya inginkan seni-seni seperti dikir baray kerana say pernah di dalam kumpulan dikir barat. Saya juga boleh main gendang-gendang dan instrumen 'percussion'

    BalasPadam
  9. Jika saya mahu melibatkan diri dalam kegiatan seni,saya mahu melibatkan diri dalam seni menari kerana menari adalah satu kegiatan yang boleh menyebabkan badan cergas.

    BalasPadam
  10. Kita boleh melakukan sesuatu tentang seni dan media supaya kita dapat menggunakannya untuk ADMT dan Bahasa Melayu. Kita boleh menggunakan kemahiran kita belajar daripada ADMT dan menerapkannya pada pekerjaan kita yang boleh tentang budaya Bahasa Melayu. Lagipun, kerana ini adalah sekolah yang menggunakan teknologi, kita boleh menggunakan aplikasi dalam macbook kita untuk membantu kita dalam kerja itu.

    BalasPadam
  11. Saya ingin melibatkan dalam puisi. Saya rasa puisi ialah menarik dan ia boleh memperbaiki bahasa kita

    BalasPadam