Jumaat, Mac 26, 2010

Pembelajaran Gunaan ('Applied Learning') - Teater Anak Wayang

Para pelajar yang arif budiman,

Ini adalah sebahagian daripada perbincangan maya


Soalan 8 :


Perjalanan seni bukanlah suatu yang mudah. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Nyatakan pendapat kamu tentang pernyataan ini serta berikan penjelasan pada pendapat kamu.



*tugasan ini harus diselesaikan sebelum Isnin, 29 Mac, 9 pagi

11 ulasan:

  1. Saya setuju dengan penyataan ini. Saya telah terlihat sesuatu penyataan yang berkata "Everyone is born an artist, the problem is how to stay one when you grow up". Ini adalah sangat benar kerana semua kanak-kanak sangat kreatif tetapi apabila kita sudah berumur, kita mula lebih berserius dan tidak begitu "imaginative".

    BalasPadam
  2. Saya tidak setuju. Seni ialah sesuatu yang susah kerana anda harus ingat langkah-langkah yang banyak dan kadang-kadang lagu juga.

    BalasPadam
  3. Saya setuju bahawa perjalanan seni bukanlah suatu yang mudah. Pada pendapat saya, sesuatu yang bermutu pun tidak boleh digunakan untuk selamanya. Untuk orang seni, ia juga sama. Jika kamu bagus, kamu harus tetap memperbaiki kemahiran kamu supaya tidak ketinggalan zaman.

    BalasPadam
  4. Pada pendapat saya, perjalanan seni memang bukan sesuatu yang mudah kerana tidak ramai orang yang menghormati seni di dalam zaman moden ini.

    BalasPadam
  5. Pada pendapat saya, ya, perjalan seni bukanlah suatu yang mudah kerana ramai orang akan pandang bawah akan kerjaya itu dan orang yang mengikut perjalan itu haruslah tabah dan yakin akan dirinya supaya tidak mudah orang kacau.

    BalasPadam
  6. Saya setuju bahawa perjalanan seni bukanlah sesuatu yang mudah. Pada pendapat saya, menjadi seorang seni tidak berguna jika orang pandang rendah kepada kita. Jika kita mempunyai bakat dan potensi tetapi tidak seorang pun di luar sana yang akan mengenali kita sebagai anak seni dan memikirkan perjalanan anak seni tidak memanfaatkan dan berguna. Tetapi di sebalik itu semua, kita harus percaya dengan apa yang ingin kita capai dan terus bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan kita and memberitahu mereka bahawa anak seni juga ada kepentingan dalam masyarakat masa kini.

    BalasPadam
  7. saya setuju, seni adalah sesuatu yang susah kerana mereka semua tidak sahaja berlakon, mereka pun menyanyi dan menari. Mereka pasti telah mengalami masalah yang banyak dan susah.

    BalasPadam
  8. Saya setuju dan tidak setuju kerana kadang-kadang, tarian boleh senang untuk seorang penari. Tetapi, kadang-kadang penari-penari bleh marah dan 'stress' jadi tarian atau teaternya tidak akan bagus sangat

    BalasPadam
  9. Saya tidak setuju kerana kamu mesti berlatih dan tidak berputus asa apabila berlatih atau di pentas berlakon,menari atau lain lain lagi

    BalasPadam
  10. Saya ambil jalan tengah. Kalau seseorang itu melatih dengan penuh hatinya, mudahlah seni itu kepada seseorang itu. Tetapi dia tidak hendak atau membuat bodoh sahaja tentang seni itu, tentulah seni itu menjadi susah.

    BalasPadam
  11. Saya setuju kerana kita harus jadi kreatif dan mempunyai banyak latihan supaya kita jadi lebih baik dalam hal itu. Kita pun harus sentiasa bersifat positif kerana ia penting apabila anda menghadapi masalah.

    BalasPadam