Jumaat, Februari 05, 2010

Jubah Buat Ibu-Pandanganku Di Blog

Sila berikan pendapat kamu

  1. Azam membohongi ibunya apabila dia tinggalkan rumahnya. Adakah ia tindakan yang wajar? Nyatakan 2 sebab mengapa.
  2. Jika kamu sebagai Azam, apakah yang akan kamu lakukan untuk menjernihkan nama buruk kamu? Berikan 2 tindakan yang akan kamu ambil. Nyatakan sebab mengapa kamu mengambil tindakan tersebut.

14 ulasan:

  1. 1) Ya and tidak. Ya kerana Azam akan membuat ibunya sedar bahawa dia sayangi anaknya. Tidak kerana Azam membuat ibunya khuatir walaupun untuk sementara sahaja.

    2) Jika saya Azam, saya akan menulis sepucuk surat untuk ibu sebelum meninggal rumah. Ibu akan tahu bahawa saya tidak membuat kesalahan tersebut. Saya juga akan minta maaf kepada ibu kerana gagal dalam GCE ‘O’. Saya akan membuat demikian kerana saya tidak bekerja keras dan yuran peperiksaan mahal.

    BalasPadam
  2. 1. Perbuatannya baik dan tidak baik. Ia baik kerana ibu tidak akan memarahinya dan dia dapat menenangkan dirinya. Ia tidak baik kerana ibu boleh menjadi risau dan dia boleh dimarahinya jika dijumpa melarikan diri.

    2. Saya boleh memberitahu pengetua yang anaknya memulakan pergaduhan itu dan saya ada Fariz sebagai saksi saya. Saya juga boleh mencari kerja membantu orang lain supaya orang yang memikir saya tidak baik melupakan kejahatan saya.

    BalasPadam
  3. Q1) Ia tidak wajar kerana ibunya akan mendapati bahawa ia susah untuk mempercayainya lagi dan Azam terpaksa meneruskan perbohongannya supaya untuk menutup bohongannya yang lalu.

    Q2. Saya tidak akan berbohong lagi dan juga membuat perbuatan baik supaya orang dapat mempercayakannya kembali.

    BalasPadam
  4. 1. Pada pendapat saya, itu adalah tindakan yang wajar kerana pertama, dia boleh bekerja tanpa ibunya berasa bimbang atau kecewa, dan kedua, dia dapat bertenang dengan tenang kerana ibu atau adiknya tidak akan mencarinya.
    2. Saya akan meminta maaf dan memberi sesuatu sebagai tanda maaf, dan belajar dari kesalahan supaya boleh cuba memperbaiki lagi.

    BalasPadam
  5. 1) Saya rasa ia tidak wajar kerana perbuatannya itu akan menyusahkan keluarganya dan orang lain. Ia juga akan membuat ibunya sangsi dan tidak percayanya lagi. Tapi pada masa yang sama, saya rasa perbuatannya itu pun wajar kerana dia boleh mendapat ketenangan daripada dimarahi oleh ibunya setiap hari dan ibunya akan berasa betapa pentingnya anaknya.

    2)Saya akan memberitahu ibu tentang perkara yang sebenar kerana sekurang-kurangnya saya akan bebas daripada hina dan marah oleh orang lain. Saya juga akan minta maaf dari orang-orang yang terlibat supaya mereka tidak akan sangsi tentang saya lagi.

    BalasPadam
  6. 1)Pada pendapat saya ia tidak wajar kerana dia sudah membuat salah dan dia tidak patut membuat kesalahan lagi hingga ibu tidak percayainya lagi. Dia menyusahkan dan risaukan ahli keluarganya.

    2)Saya akan memberi hadiah kepada ibu seperti Azam tetapi saya tidak mahu membohong kepada ibu saya.
    Saya akan membuatkan kad yang meletakkan yang saya menyayangi ibu dan memeluk ibu kerana saya tahu yang ibu saya suka jikalau saya menunjukkan beberapa saya menghargai ibu saya.

    BalasPadam
  7. 1)Ia tidak wajar kerana ia membuat ibunya bimbang. Ia juga wajar kerana dia dapat ketenangan daripadah dirotan oleh ibunya.
    2) Saya akan berterus terang dengan ibu saya apa yang benar berlaku. Saya juga akan menjelaskan kepada pengetua kenapa saya memukul anaknya yang amat kasar kepada ibu saya.

    BalasPadam
  8. 1) Ya dan tidak. Ya kerana dia tidak hendak membimbangkan Ibunya dan lari dari rumah macam begitu sahaja. Dia hendak lari dari rumah tetapi di juga tidak hendak ibunya terlalu bimbang akannya. Tidak kerana, walaupun dia ada azam yang baik,dia tetap telah membohong kepada ibunya.

    2) Saya akan mendoa kepada tuhan agar nama burukku akan dijernihkan.

    BalasPadam
  9. Tidak. Pertama, dia menyebabkan ibunya risau. kedua, kalau ada kemalangan pada dirinya, ibunya tidak tahu apa yang terjadi kepada dia.

    BalasPadam
  10. Pada pendapat saya, saya fikir yang perbuatannya tidak wajar kerana kami tidak harus bohong kepada ibu bapa dan juga kerana membohong ialah dosa dan hanya akan membawa lebih kesusahan nanti.

    Untuk membersihkan nama buruk saya, saya akan meminta maaf kepada semua orang yang saya telah membohongi. Saya juga akan mendoa kepadatuhan agar nama burk saya akan dijernihkan dan di maaf.

    BalasPadam
  11. 1.Saya fikir perbuatannya tidak wajar kerana dia membohongi ibunya dan itu tidak baik. Bohongi adalah sesuatu yang tidak baik.Kalau seseorang membohongi satu kali dia akan membuat itu lagi. Dia juga akan membuat ibunya risau.

    2. Saya akan menelefon ibu dan memberitahunya saya akan ke luar rumah. Selepas itu saya akan meminta maaf dari ibu.

    BalasPadam
  12. 1)Tindakan Azam tidak wajar kerana dia membohongi ibunya bahawa dia mahu pergi ke perkhemahan tetapi dia pergi bekerja di tempat lain dan membuat ibunya risau.
    2)Saya akan menulis sekeping nota yang memberitahu ibu tentang perkara yang sebenar.Dalam nota itu saya akan meminta maaf dari ibu.

    BalasPadam
  13. 1. Tindakan Azam untuk membohongi ibunya apabila dia tinggalkan rumah tidak wajar kerana membohong adalah sebuah dosa besar, apalagi jika kita membohong kepada ibu, dan juga jika terdapat apa-apa kecemasan, Azam tidak akan dapat dihubungi.

    2. Jika saya Azam, saya akan menjelaskan kepada ibu apa yang sebenarnya terjadi supaya ibu tidak salah sangka, dan selepas itu cuba memberitahu pengetua juga, bersama kawan saya yang telah menyaksi kejadian tersebut.

    BalasPadam
  14. Syabas atas perkongsian pendapat yang bernas.

    Soalan (1)
    - pendapat yang berbeza menggambarkan kematangan fikiran.
    - bila awak memberi pendapat, ramai yang menyatakan pendapat berdasarkan pada pengetahuan dan bukan perasaan. Ini adalah percubaan yang baik.

    Soalan (2)
    - ramai pelajar dapat menjelaskan cara-cara yang baik untuk menyelesaikan masalah. Syabas!
    - dengan menjelaskan situasi yang sebenarnya, ia akan pasti membantu menjernihkan keadaan.

    BalasPadam